Saturday, January 28, 2012

selamat tinggal Guru Mara

Assalamualaikum....

Selamat tinggal guru mara....huhuhu...mendapat tawaran untuk menghadiri tmuduga guru Mara di Pulau Pinang adalah sesuatu yang mengujakan hati...tapi terpaksa aku tolak kerana kewangan yang tidak mengizinkan...aku jugak perlu memikirkan smuanya...ibu bapaku juga seperti berat hati untuk melepaskan aku untuk pergi...aku menghormati keputusan mereka dan aku redha dengan keputusan ku...aku tidak mengharapkan apa2 dengan guru mara...kalau ada rezki dapat..kalau takde nak buat macam mana...walau apapun yang terjadi kau tetap terus berdoa smoga rezki ku sekeluarga terus dimurahkan oleh Allah... aku yaki pada Allah...Allah tidak akan membebankan aku dengan sesuatu yang aku tak mampu tanggung....insyaAllah..rezki Allah banyak dan luas..yang penting usaha...

aku langsung tak sedih...aku berkorban smua ini demi family, ibubapaku dan isteri serta anakku...ibubapaku mungkin sudah tuaa..aku faham perasaan mereka...cuma aku harap mereka bersabar dan terus mendoakan aku agar ada rezkiku untuk mengajar di tempat sendiri suatu hari nanti....setiap sujudku adalah doa yang ku panjatkan kepada Allah untuk mempermudahkan segala urusan duniaku...amin ya Rabb...

kini aku sudah ada pekrjaan walaupun dengan gaji yang kecil..tapi aku cukup bersyukur...smoga pekrjaan ku ini diredhai oleh Allah...kini, aku dengan isteriku mengajar anak-anak orang luar membaca al-Quran...aku percaya dan yakin ini adalah rezki Allah...aku yakin mengajar ilmu Allah adalah salah satu tanggungjawab ku sebagai hamba dan khalifah di muka bumi Allah...smoga Allah memberkati dan meredhai pekrjaan ku ini...

aku sedar diriku ini bukanlah yang terbaik untuk mengajarkan ilmu Allah..cuma aku berpegang kepada janji Allah seperti firmanNya dalam al-quran....Al-Hajj [40]……dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya (agama Islam)...segala percaturan hidup yang telah diaturkan oleh Allah aku redha dan bersyukur....sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu yang berlaku kepada HambaNya...Segala yang kita minta Allah tahu apa yang paling baik bagi kita. Mungkin tidak sekarang, atau tidak di dunia ini Allah mengabulkannya. Karena Allah tahu yang terbaik yang kita tidak tahu.

Saturday, January 14, 2012

Adakah Muka ku nampak GANAS?????

Bismillahirrahmanirrahim.......

petang Jumaat tanggal 13/1/2012, tepat pukul 2 petang....inilah kali pertama aku menjejakkan kakiku ke Sk Batu 10, Sibu bagi memulakan karier 'sementara'ku sebagai Guru Kafa...segan, malu , takut, nerves dan sebagainya menyelubungi hati dan mindaku...hari ini belum ada sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana hari ini cuma hari pendaftaran murid untuk kelas Kafa...

1st time nak mengajar budak2 sekolah rendah ni...huhuhu...tapi aku kuatkan semangat dan yakin bahawa aku mampu melakukannya...insyaAllah...selepas pendaftaran penyelaras Guru Kafa meminta murid-murid masuk ke kelas dan guru yang mengajar mengambil kehadiran setiap murid bagi memastikan berapa jumlah sebenar dalam satu-satu kelas...aku diberikan kelas tahun 4B...

aku pun ikutlah murid-murid untuk masuk kelas...dalam kelas aku tak mengajar lagi...aku buat dlu apa yang diarahkan..kemudian aku pun berborak-borak sebentar dengan anak muridku...aku tanya nama mereka, aku tanya sapa yang dah boleh baca al-Quran, tanya asal mereka dan ada lagilah..aku pun dah tak ingat...murid-murid ku pun rajin bertanya...macam-macam mereka tanya sampi ada yang mengatakan muka aku ni macam muka orang 'Malaya'...hehehe...sememangnya kau sering dengar kata-kata itu dari mulut orang dan kawan-kawanku...mungkin jugak kan...hihi...tapi ada seorang budak ni juga anak muridku, dengan selambanya mengatakan 'ustaz ni nampak garang tapi best' pastu aku pun buat selamber jelah kan...aku pun mengenakan spek mata ku yang ku letak kan atas meja guru...lagi budak yang sama tadi bersuara semula dan mengatakan, "ustaz pakai spek mata lagilah nampak ganas"...macam nak tergelak rasa hati...hehehe...sabo jelah kan...maklumlah berdepan dengan budak2 sekolah rendah...

persoalannya : adakah muka aku ni sememangnya nampak ganas????...aku sebenarnya hairan jugak sebab masa dalam kelas tu dressing ku memang macam seorang ustaz dah aku rasa...pakai kopiah pas kaler putih, baju raihan, seluar slack hitam dan berkasut...macam2lah budak2 ni.....tapi tak apalah kan...ini satu penilaian awal dari budak2 yang akan menjadi anak didik ku....apa pun yang mereka katakan sebenarnya mungkin ada benarnya...dan sedikit-sebanyak mampu memuhasabhkan diri ku agar tidak telalu tinggi terbang ke angkasa....

terima kasih wahai anak-anak muridku......

Wednesday, January 11, 2012

Guru Ganti vs Guru Kafa

Alhamdulillah....bersyukur kehadrat Ilahi atas segala nikmatNya kepada ku..

Tanggal 9 January lepas aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon yang menawarkan aku untuk berkhidmat sebagai guru ganti siswazah terlatih di SMK Lawas, Swak yang mana dekat sangat dengan kampung halaman dan kedua ibu bapaku yang tersayang...pihak sekolah telah menawarkan kepada ku jawatan tersebut berkemungkinan dalam masa 3 bulan dengan bayaran rm100 shari (sebab blm tetap lagi)...mereka meminta kepadaku untuk menghadirkan diri ke sekolah tersebut lagi cepat lagi bagus...hati ku berdegup kencang...aku pun tak tahu mengapa...sedangkan aku sememangnya mengharapkan pekerjaan pada ketika ini...tapi tanpa berfikir panjang aku menerima tawaran tersebut dan berjanji akan melapor diri pada hari khamis 12 january....masalahnya sekarang aku berada di Sibu, Swak duduk bersama isteri dan anakku...aku blurr....hmmmmm....tetapi tanpa berfikir pnjang aku terima twaran itu....selesai je perbualan dalam telefon dengan pihak sekolah, fikiran ku kusut denyutan nadi ku tetap menjadi laju...macam-macam perkara aku fikirkan walaupun dah trima ...aku nak jawatan tu sangat tapi aku masih ragu2...adakah patut aku tinggalkan anak bini aku di sibu (walaupun mereka duduk dengan keluarganya)? adakah aku merasakan rugi untuk menolak twaran itu..?huhuhu..pening kepalaku...akhirnya aku mendapatkan pandangan dari kakakku...dia juga menyatakan satu kerugian besar seandainya aku menolaknya...akhirnya,walaupun hati ku masih berat mungkin sebab aku terpaksa berpisah dengan anak dan isteri ku buat sementara waktu, aku bersetuju untuk balik ke Lawas pada hari Rabu...

Dalam pukul 1 tghari lebih kurang, aku seperti biasa menghidupkan enjin kereta ku untuk pergi mengambil isteri balik mengajar...aku rasa tak sabar untuk memberitahu berita ini kepadanya...sedih pun ada gembira pun ada...dalam perjalanan itu pun aku sempat lagi berfikir, aku nak jugak pegi mengajar di Lawas memandangkan aku masih blum ada apa2 pekerjaan lagi..segan rasanya duduk rumah mertua tanpa ada pekerjaan...di Lawas juga aku blh duduk rumah family aku..dapat gak jaga dan terngok2 kan mak bapak aku yang sudah tua...tapi aku masih ada tanggungjawab kepada anak dan isteriku....kalau aku takde sapa nak hantar dan ambik dia pegi dan pulang dari mengajar...isteriku bukannye ade lesen memandu lagi..tapi yang penting hati masih berat untuk berpisah walaupun sementara....huhuhu...tetapi andai kata twaran ini aku berada di kampung ketika ini sememangnya tiada alasan lagi untuk diri ku menjadi ianya satu masalah...confirm aku terima dengan penuh bersemangat...

Berfikir dan terus berfikir walaupun jelas dah aku terima tawaran dan berjanji akan melapor diri pada hari khamis ini...dalam minda ku seandainya aku dapat tawaran lain(Guru kafa yang aku pergi interview minggu lepas) di sibu ini, aku akan tolak twaran di Lawas itu...lagipun ianya sementara sama juga dengan guru Kafa nanti...wlaupun aku tahu perbezaan gaji antara guru ganti dengan guru Kafa jauh 2 kali ganda bezanya...gaji guru Kafa mungkin dalam rm800-900 sahaja tetapi guru ganti mungkin dalam rm1900...tapi aku percaya pada rezki Allah...seandainya ini yang terbaik utk aku aku terima walaupun terpaksa ku terima...

Setelah berjumpa dengan isteriku yan tercinta, aku pun terus memberitahunya...isteriku memahami perasaanku dan membenarkan aku pergi...mungkin katannya ini rezkiku..walaupun begitu hatiku tetap berbelah bagi..berat rasanya untuk meninggalkan anak dan isteri...atau senang cerita aku boleh katakan yang aku tak nak berjauhan dari anak dan isteriku yang tercayang....

Ketika dalam kereta isteri ku mengajak ku untuk pergi membeli tudung di bangunan Mara di pusat bandar...aku pun membawanya ke situ...dalam perjalanan hujan turun dengan lebatnya...apabila sampai di kedai tudung tersebut, aku membiarkan isteriku untuk memilih tudung yang di minatinya...aku pula mundar-mandir di sekitar kedai sambil memikirkan tentang tawaran yang telah aku terima tadi...masih berat rasanya..tetapi andai kata inilah takdirnya aku terima dengan hati yang ikhlas...mungkin Allah telah aturkan sesuatu yang lebih berharga buat kami sekeluarga...insyaaAllah...mudahan-mudahan ye...dari depan kedai pusing ke belakang kedai aku mundar mandir melihat gelajat manusia yang ada di sekitarnya menempuhi hujan yang turun...isteriku masih lagi memilih tudung..biasalah kan...perempuan..kalau memilih tudung tu bukannya boleh 2 ke 3 minit je...tapi aku faham...

Tiba-tiba...telefon bimbitku berbunyi...aku pun menjawab,rupa-rupanya panggilan itu adalah dari JAIS Sibu yang memaklumkan kepadaku bahawa aku telah lulus interview Guru Kafa dan akan ditempatkan di SK Batu 10....Alhamdulillah...aku pun dengan selambarnya menerima tawaran tersebut...hatiku ada sedikit gembira..mungkin Allah memahami perasaan ku ini...aku menyatakan kepada isteriku tentang berita ini setelah dia selesai membeli tudung...bincang punya bincang, hatiku terlalu kuat untuk memilih Guru kafa...Pihak Jais meminta aku untuk menghubungi seorang ustaz yang menyelaraskan Kafa bagi Sk Batu 10 itu...serta merta aku menghubunginya...dan ustaz tersebut meminta aku datang ke sekolah untuk melapor diri pada hari Jumaat...Alhamdulillah...aku hanya mampu berdoa smoga ada sinar rezki yang Allah nak bagi kepada ku apabila aku memilih Guru kafa berbanding guru ganti di Lawas...Ameen ya Rabb...

Monday, January 2, 2012

Interview Guru KAFA

assalamualaikum..

Hari ini hari ptama bg thun 2012 isteri tcnta ku pegi k sklh utk meneruskan rutin mndidik ank bgsanya..aku pula mcm biasa akan mghntarnya k sklh..tapi hari ini bbeza sdkt dmna aku mengenakan pkaian yg smart sbb aku akn mghdiri 1 tmdga bg jwtn guru kafa..nervous pn ada..maklumlah..aku bdoa kpd Allah agr aku d berikan rezki pkrjaan yg halal utk aku memudahkan lg urusan dunia ku dlm mndidik dan mmbsrkan anakku hana khairina...aku mmohon kpd Allah agr aku dpt mnyumbgkan sdkt ilmu yg ku ada ini utk mmbntu anak2 bgsaku dlm mndlami agma islm trutama d sibu sarawak ini...

Alhamdulillah...aku dpt jugak mnyempurnakan interview jawatan ini...aku pun tidak mnyangka yg interview ini smudah itu dan se'simple'nya...tapi xpelah...insyaAllah..kalau ade rezki aku untk jawatan guru kafa ini di bwah JAIS, aku brsyukur sgt2...wlaupun aku tahu ianya tidak akan berkekalan utk ku kerana target utama ku adalah untuk menjadi guru di sekolah menengah bwah kementerian pelajaran M'sia...

mungkin aku blh share lah sikit antara content yg tekandung dalam sesi tmuduga guru kafa ni...kot-kotlah blh mmbantu sape2 yg nak memohon...dalam tmuduga ini ade 2 sesi..sesi yg pertama adalah ujian bertulis....sesi kedua pulak ujian lisan...tapi x payah lah risau sangat...soalan senang2 je..maklumlah nak mengajar bdk2 sekolah rendah je pon..dalam ujian bertulis jawapan hndaklah ditulis 100% dalam tulisan jawi...soalan berbntuk struktur seperti isi tmpt kosong, terjemahkan, tulisan jawi dan........xingat sgtlah lg..hehhe..tapi yg penting kene banyak study pasal tajwid...hukum nun dan mim mati..hukum mad...panjang bacaan..tanda2 waqaf...ade gak sikit tentang sirah dan adab...

lepas tu untuk sesi kedua iaitu ujian lisan...ade 3 pilihan soalan...penemuduga akan suruh kita pilih salah satu...pastu jawab lah..soalan pon lebih kurang jugak...hukum tajwid..mula2 kene baca beberapa ayat dari surah yang ditentukan...bukan hafal ye...baca je..bagi yg ade kmhiran bertaranum tu blh lah tunjuk bakat sekali...dapt gak markah bonus...kejap je..habis jawab smua dah blh balik....tapi secara jujurnya interview guru kafa di Sibu swak ini senanglah...xtaulah plak tmpat lain....ape2 pun saya terus berdoa agar saya diberikan pluang utk mncari sdikit pengalaman mngajar KAFA kpd anak2 sklh rendah yg jauh berbeza dgn anak2 sekolah menengah....hihih...

insyaAllah..saya yakin pada Allah SWT...rezki Allah ade kt mane2 je..yg penting kita kena usaha...

اللهُمَّ اغْفِرْلِي، واهْدِنـِي، وَارْزُقْنِي، وَ عَافِنـِي، أَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ ضِيقِ الْمَقَامِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ.

Maksudnya: “Ya Allah , ampunilah aku, berilah hidayah padaku, anugerahkanlah aku dengan rezki, berilah afiat kepadaku, aku mohon perlindunganMu dari kesempitan tempat berdiri di hari akhirat kelak.

Sunday, January 1, 2012

Ahlan 2012...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

alhamdulillah...setinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana masih meminjamkan nikmat yang amat berharga kepada saya iaitu kehidupan...pejam celik dah masuk tahun baru masihi 2012....ini bermakna umur semakin bertambah...wlaubagaimanapun stiap hari yg berlalu nanti akan saya cuba tempuhi dgn penuh ketabahan dan kesabaran serta rasa syukur yg tak terhingga...insyaAllah...

rata2 ramai umat manusia pada detik penghujung tahun 2011 berakhir masing2 akan menanamkan 1 lagi azam baru...alhamdulillah..ini adalah 1 prkara yg positif dimana umat manusia masih lg mengimpikan perubahan diri dari satu kekurangan menjadi satu kesempurnaan, dari satu kegagalan mnjadi satu kecemerlangan dan dari satu ke'success'an menuju kpda kebahagian...ini smua lumrah manusia...saya juga memiliki azam dan impian yg ingin dicapai di thun baru masihi ini....ada kmungkinan juga azam saya sama sprti manusia lain...siapa tahu kan...

tetapi, jika direnungkan semula atau kita muhasabahkan diri sejenak dengan apa yg telah kita lakukan sepnjang 2011...apa yang telah kita capai? apa yang telah kita lakukan? apa yang telah kita sumbangkan?....sebenarnya apa yang ingin di fokuskan disini adalah sejauh mana azam 2012 yg kita telah azamkan mampu kita capai jika muhasabah yang kita lakukan lebih banyak keburukannya(spnjang tahun 2011) ....bermuhasabah diri adalah satu yang patut dilakukan setiap hari bagi memastikan kita menyedari setiap gerak geri, tingkah laku serta niat hati kita berada dalam garis panduan agama Islam....

smoga kedatangan tahun baru hijrah ini membuka lagi banyak peluang dan rezeki kepada kita smua...ingatlah bahawa BERMUHASABAHLAH SENTIASA, PASTI ANDA AKAN MENEMUI BANYAK PERKARA YANG PERLU DIUBAH BERBANDING PERKARA YANG PATUT DI KEKALKAN....smoga lembaran baru ini juga lebih mendewasakan diri kita dan yang lebih penting meningkatkan lagi amalan2 kita agar bekalan kita untuk bertemu Allah suatu hari nanti cukup dan dterima oleh NYA...amin ya Rabb...