Alhamdulillah....bersyukur kehadrat Ilahi atas segala nikmatNya kepada ku..
Tanggal 9 January lepas aku dikejutkan dengan satu panggilan telefon yang menawarkan aku untuk berkhidmat sebagai guru ganti siswazah terlatih di SMK Lawas, Swak yang mana dekat sangat dengan kampung halaman dan kedua ibu bapaku yang tersayang...pihak sekolah telah menawarkan kepada ku jawatan tersebut berkemungkinan dalam masa 3 bulan dengan bayaran rm100 shari (sebab blm tetap lagi)...mereka meminta kepadaku untuk menghadirkan diri ke sekolah tersebut lagi cepat lagi bagus...hati ku berdegup kencang...aku pun tak tahu mengapa...sedangkan aku sememangnya mengharapkan pekerjaan pada ketika ini...tapi tanpa berfikir panjang aku menerima tawaran tersebut dan berjanji akan melapor diri pada hari khamis 12 january....masalahnya sekarang aku berada di Sibu, Swak duduk bersama isteri dan anakku...aku blurr....hmmmmm....tetapi tanpa berfikir pnjang aku terima twaran itu....selesai je perbualan dalam telefon dengan pihak sekolah, fikiran ku kusut denyutan nadi ku tetap menjadi laju...macam-macam perkara aku fikirkan walaupun dah trima ...aku nak jawatan tu sangat tapi aku masih ragu2...adakah patut aku tinggalkan anak bini aku di sibu (walaupun mereka duduk dengan keluarganya)? adakah aku merasakan rugi untuk menolak twaran itu..?huhuhu..pening kepalaku...akhirnya aku mendapatkan pandangan dari kakakku...dia juga menyatakan satu kerugian besar seandainya aku menolaknya...akhirnya,walaupun hati ku masih berat mungkin sebab aku terpaksa berpisah dengan anak dan isteri ku buat sementara waktu, aku bersetuju untuk balik ke Lawas pada hari Rabu...
Dalam pukul 1 tghari lebih kurang, aku seperti biasa menghidupkan enjin kereta ku untuk pergi mengambil isteri balik mengajar...aku rasa tak sabar untuk memberitahu berita ini kepadanya...sedih pun ada gembira pun ada...dalam perjalanan itu pun aku sempat lagi berfikir, aku nak jugak pegi mengajar di Lawas memandangkan aku masih blum ada apa2 pekerjaan lagi..segan rasanya duduk rumah mertua tanpa ada pekerjaan...di Lawas juga aku blh duduk rumah family aku..dapat gak jaga dan terngok2 kan mak bapak aku yang sudah tua...tapi aku masih ada tanggungjawab kepada anak dan isteriku....kalau aku takde sapa nak hantar dan ambik dia pegi dan pulang dari mengajar...isteriku bukannye ade lesen memandu lagi..tapi yang penting hati masih berat untuk berpisah walaupun sementara....huhuhu...tetapi andai kata twaran ini aku berada di kampung ketika ini sememangnya tiada alasan lagi untuk diri ku menjadi ianya satu masalah...confirm aku terima dengan penuh bersemangat...
Berfikir dan terus berfikir walaupun jelas dah aku terima tawaran dan berjanji akan melapor diri pada hari khamis ini...dalam minda ku seandainya aku dapat tawaran lain(Guru kafa yang aku pergi interview minggu lepas) di sibu ini, aku akan tolak twaran di Lawas itu...lagipun ianya sementara sama juga dengan guru Kafa nanti...wlaupun aku tahu perbezaan gaji antara guru ganti dengan guru Kafa jauh 2 kali ganda bezanya...gaji guru Kafa mungkin dalam rm800-900 sahaja tetapi guru ganti mungkin dalam rm1900...tapi aku percaya pada rezki Allah...seandainya ini yang terbaik utk aku aku terima walaupun terpaksa ku terima...
Setelah berjumpa dengan isteriku yan tercinta, aku pun terus memberitahunya...isteriku memahami perasaanku dan membenarkan aku pergi...mungkin katannya ini rezkiku..walaupun begitu hatiku tetap berbelah bagi..berat rasanya untuk meninggalkan anak dan isteri...atau senang cerita aku boleh katakan yang aku tak nak berjauhan dari anak dan isteriku yang tercayang....
Ketika dalam kereta isteri ku mengajak ku untuk pergi membeli tudung di bangunan Mara di pusat bandar...aku pun membawanya ke situ...dalam perjalanan hujan turun dengan lebatnya...apabila sampai di kedai tudung tersebut, aku membiarkan isteriku untuk memilih tudung yang di minatinya...aku pula mundar-mandir di sekitar kedai sambil memikirkan tentang tawaran yang telah aku terima tadi...masih berat rasanya..tetapi andai kata inilah takdirnya aku terima dengan hati yang ikhlas...mungkin Allah telah aturkan sesuatu yang lebih berharga buat kami sekeluarga...insyaaAllah...mudahan-mudahan ye...dari depan kedai pusing ke belakang kedai aku mundar mandir melihat gelajat manusia yang ada di sekitarnya menempuhi hujan yang turun...isteriku masih lagi memilih tudung..biasalah kan...perempuan..kalau memilih tudung tu bukannya boleh 2 ke 3 minit je...tapi aku faham...
Tiba-tiba...telefon bimbitku berbunyi...aku pun menjawab,rupa-rupanya panggilan itu adalah dari JAIS Sibu yang memaklumkan kepadaku bahawa aku telah lulus interview Guru Kafa dan akan ditempatkan di SK Batu 10....Alhamdulillah...aku pun dengan selambarnya menerima tawaran tersebut...hatiku ada sedikit gembira..mungkin Allah memahami perasaan ku ini...aku menyatakan kepada isteriku tentang berita ini setelah dia selesai membeli tudung...bincang punya bincang, hatiku terlalu kuat untuk memilih Guru kafa...Pihak Jais meminta aku untuk menghubungi seorang ustaz yang menyelaraskan Kafa bagi Sk Batu 10 itu...serta merta aku menghubunginya...dan ustaz tersebut meminta aku datang ke sekolah untuk melapor diri pada hari Jumaat...Alhamdulillah...aku hanya mampu berdoa smoga ada sinar rezki yang Allah nak bagi kepada ku apabila aku memilih Guru kafa berbanding guru ganti di Lawas...Ameen ya Rabb...
No comments:
Post a Comment