Saturday, January 14, 2012

Adakah Muka ku nampak GANAS?????

Bismillahirrahmanirrahim.......

petang Jumaat tanggal 13/1/2012, tepat pukul 2 petang....inilah kali pertama aku menjejakkan kakiku ke Sk Batu 10, Sibu bagi memulakan karier 'sementara'ku sebagai Guru Kafa...segan, malu , takut, nerves dan sebagainya menyelubungi hati dan mindaku...hari ini belum ada sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung kerana hari ini cuma hari pendaftaran murid untuk kelas Kafa...

1st time nak mengajar budak2 sekolah rendah ni...huhuhu...tapi aku kuatkan semangat dan yakin bahawa aku mampu melakukannya...insyaAllah...selepas pendaftaran penyelaras Guru Kafa meminta murid-murid masuk ke kelas dan guru yang mengajar mengambil kehadiran setiap murid bagi memastikan berapa jumlah sebenar dalam satu-satu kelas...aku diberikan kelas tahun 4B...

aku pun ikutlah murid-murid untuk masuk kelas...dalam kelas aku tak mengajar lagi...aku buat dlu apa yang diarahkan..kemudian aku pun berborak-borak sebentar dengan anak muridku...aku tanya nama mereka, aku tanya sapa yang dah boleh baca al-Quran, tanya asal mereka dan ada lagilah..aku pun dah tak ingat...murid-murid ku pun rajin bertanya...macam-macam mereka tanya sampi ada yang mengatakan muka aku ni macam muka orang 'Malaya'...hehehe...sememangnya kau sering dengar kata-kata itu dari mulut orang dan kawan-kawanku...mungkin jugak kan...hihi...tapi ada seorang budak ni juga anak muridku, dengan selambanya mengatakan 'ustaz ni nampak garang tapi best' pastu aku pun buat selamber jelah kan...aku pun mengenakan spek mata ku yang ku letak kan atas meja guru...lagi budak yang sama tadi bersuara semula dan mengatakan, "ustaz pakai spek mata lagilah nampak ganas"...macam nak tergelak rasa hati...hehehe...sabo jelah kan...maklumlah berdepan dengan budak2 sekolah rendah...

persoalannya : adakah muka aku ni sememangnya nampak ganas????...aku sebenarnya hairan jugak sebab masa dalam kelas tu dressing ku memang macam seorang ustaz dah aku rasa...pakai kopiah pas kaler putih, baju raihan, seluar slack hitam dan berkasut...macam2lah budak2 ni.....tapi tak apalah kan...ini satu penilaian awal dari budak2 yang akan menjadi anak didik ku....apa pun yang mereka katakan sebenarnya mungkin ada benarnya...dan sedikit-sebanyak mampu memuhasabhkan diri ku agar tidak telalu tinggi terbang ke angkasa....

terima kasih wahai anak-anak muridku......

No comments:

Post a Comment