Sunday, January 1, 2012

Ahlan 2012...

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

alhamdulillah...setinggi kesyukuran kepada Allah SWT kerana masih meminjamkan nikmat yang amat berharga kepada saya iaitu kehidupan...pejam celik dah masuk tahun baru masihi 2012....ini bermakna umur semakin bertambah...wlaubagaimanapun stiap hari yg berlalu nanti akan saya cuba tempuhi dgn penuh ketabahan dan kesabaran serta rasa syukur yg tak terhingga...insyaAllah...

rata2 ramai umat manusia pada detik penghujung tahun 2011 berakhir masing2 akan menanamkan 1 lagi azam baru...alhamdulillah..ini adalah 1 prkara yg positif dimana umat manusia masih lg mengimpikan perubahan diri dari satu kekurangan menjadi satu kesempurnaan, dari satu kegagalan mnjadi satu kecemerlangan dan dari satu ke'success'an menuju kpda kebahagian...ini smua lumrah manusia...saya juga memiliki azam dan impian yg ingin dicapai di thun baru masihi ini....ada kmungkinan juga azam saya sama sprti manusia lain...siapa tahu kan...

tetapi, jika direnungkan semula atau kita muhasabahkan diri sejenak dengan apa yg telah kita lakukan sepnjang 2011...apa yang telah kita capai? apa yang telah kita lakukan? apa yang telah kita sumbangkan?....sebenarnya apa yang ingin di fokuskan disini adalah sejauh mana azam 2012 yg kita telah azamkan mampu kita capai jika muhasabah yang kita lakukan lebih banyak keburukannya(spnjang tahun 2011) ....bermuhasabah diri adalah satu yang patut dilakukan setiap hari bagi memastikan kita menyedari setiap gerak geri, tingkah laku serta niat hati kita berada dalam garis panduan agama Islam....

smoga kedatangan tahun baru hijrah ini membuka lagi banyak peluang dan rezeki kepada kita smua...ingatlah bahawa BERMUHASABAHLAH SENTIASA, PASTI ANDA AKAN MENEMUI BANYAK PERKARA YANG PERLU DIUBAH BERBANDING PERKARA YANG PATUT DI KEKALKAN....smoga lembaran baru ini juga lebih mendewasakan diri kita dan yang lebih penting meningkatkan lagi amalan2 kita agar bekalan kita untuk bertemu Allah suatu hari nanti cukup dan dterima oleh NYA...amin ya Rabb...

No comments:

Post a Comment